inspiration

wahai masa depan, engkau masih didalam keghaiban. maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pun tidak bakal memburu sesuatu yg belum tentu ada, kerana hari esok mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yg belum diciptakan dan tidak ada satupun darinya yg dapat disebutkan.

" semakin jauh aku darimu.. semakin dekat pula KAU menghampiri aku.. semakin cuba ku dekati.. semakin kuat pula kau mendugai aku.. OH ALLAH.. Maha Pemurah .. Maha Sempurna.. kerdilnya diriku di hadapanmu.."

Friday 30 August 2013

hidup satu persinggahan sementara.

Assalamualaikum!

selamat pagi!harini me mood nk menaip pagi-pagi , so x de orang boleh ganggu me. hui3

harini me rase nk share satu ungkapan yg dipetik dari mulut abah .

" pulau - dunia
  destinasi sebenar/terakhir - akhirat"

' hidup seperti satu persinggahan sebentar di sebuah pulau. Bayangkan kita sedang berlayar, and then kita terjumpa sebuah pulau. For the first aim, kita singgah jap di pulau tu untuk mengumpul keperluan2 penting untuk support kita menuju ke destinasi terakhir. Walaubagaimanapun, ramai antara kita jatuh cinta pada pulau tu, dan plan nk duduk selamanya kt pulau tu. '

bahaya3!!
Astargfirullahalazim.

faham tak? sudah tentu korang faham kan! :)

ye, dunia. penuh dengan kenikmatan.
sebenarnya nikmat2 tu datang dari satu sahaja rahmat ALLAH, yang banyak2 selebihnya rahmat akan diberi di syurga nanti!
can u oll imagine? sebenarnya beyond imagination!
apa yang dapat dilihat sekrang, ramai antara kita terleka lalai dengan nikmat sekejap or kita boleh cakap tewas dengan tipu daya dunia.
terlalu bnyak dugaan ats dunia ni. yela, mana taknya, that's how god uji kita kan. nk tengok siapa yg lebih bertaqwa antara kita.

the greatest jihad is to battle with your own soul, to fight the evil within yourself!!!

benar. sangat benar. kalau kita tanya diri kita sendiri, nak lawan nafsu tidur, n malas pun susah! Y.Y
nafsu nafsu nafsu adalah musuh utama kita, yg dihangat-hangatkan lagi oleh syaitan!
bila kita bertuhankan nafsu , maka kalahlah iman kita.
jaga-jaga. iman perlu dilindungi. 
#pujukdiri pertahankan nafsu. dunia ni kejap je. mati itu pasti. 
macamana nak lawan nafsu?
salah satu cara me ada dengar ialah kita bizi-bizikan diri dengan perkara2 berfaedah yg lain.
satu lagi! sentiasa ingat kematian.

ALLAH! semoga kita semua dilindungi dari terpedaya dengan nikmat dunia yang palsu dan bersifat sementara sahaja. 

sebelum ni mungkin dah bnyk kali kita tewas dengan nafsu sendiri, apa kata mulai sekarang kita kuatkan hati, percayakan ALLAH, sabar, sbb kita nak life story kita happy ending! biarlah orang buat ape kt kita. ini dunia. tempat diuji. semua akan diuju. samada dlm bentuk baik or buruk. Paling penting, kita lawan nafsu dalam diri sndri dulu!!! 


…Sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kepada kejahatan..” (Q.S 12:53)



Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu menyesali dirinya sendiri. (Q.S 75:2)” 


ayuh kita sama2 bertaubat! :D Allah tu maha pengampun kan. Apa tunggu lagi! sementara waktu masih ada.
Semoga kita sama2 dapat melangkah ke gerbang syurgaNYA! 


Hai jiwa yang tenteram dan mendapat ketenteraman dari Tuhan! Kembalilah kepada Rabb mu! Kamu senang kepada Nya dan Dia senang kepadamu. Maka bergabunglah dengan hamba hamba Ku dan masuklah ke dalam surga Ku”. (Q.S. 89:27 30).


Samapi sini saje entry kali ni! jaga diri, indahkan peribadi!
Assalamualaikum!

2 comments: